Terma & Syarat

  1. Aktiviti cerapan di Kubah Solar dan Kubah Utama adalah tertakluk kepada keadaan cuaca semasa.
  2. Semua e-tiket wajib didaftarkan di kaunter untuk mendapatkan gelang tangan (wristband). Sila bawa bersama kad pengenalan / passport bagi pengesahan di kaunter pendaftaran.
  3. Setiap tiket sah untuk tempoh 2 jam bermula dari masa yang dinyatakan dalam e-tiket. Tiada penambahan masa akan diberikan sekiranya mendaftar lewat.
  4. Pastikan anda memakai gelang tangan (wristband) sepanjang lawatan.
  5. Tiket yang telah dijual tidak boleh dikembalikan atau dipindah milik. Pastikan hadir pada tarikh dan masa yang telah dinyatakan e-tiket. Wang tidak akan dikembalikan sekiranya pengunjung hadir pada tarikh atau masa yang tidak mengikut tempahan yang tertera dalam e-tiket. Sila ambil perhatian bahawa tiada penjadualan semula lawatan atau pemulangan bayaran akan dibenarkan sekiranya cuaca tidak mengizinkan selepas bayaran dibuat.
  6. Kemasukan adalah percuma bagi kanak-kanak berumur bawah 3 tahun.
  7. Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun MESTI ditemani oleh penjaga/orang dewasa.
  8. Barang-barang peribadi dan beg hendaklah sentiasa berada di bawah pengawasan sendiri.
  9. Makan, minum, mengunyah gula-gula getah dan merokok tidak dibenarkan sepanjang lawatan.
  10. Pihak pengurusan berhak mengubah jadual atau membatalkan lawatan tanpa sebarang notis awal.
  11. Pihak pengurusan berhak untuk menolak kemasukan mana-mana pengunjung.
  12. Pengunjung hendaklah sentiasa mematuhi dan mengikut:
    1. Tanda dan notis yang dipaparkan di dalam, pada dan/atau sekitar premis;
    2. Peraturan dan garis panduan Balai Cerap Negeri Sembilan; dan
    3. Arahan pegawai yang bertugas di Balai Cerap Negeri Sembilan.
  13. Pihak pengurusan boleh mengarahkan keluar mana-mana pengunjung yang berkelakuan tidak senonoh, kasar atau mengganggu, atau yang boleh mendatangkan bahaya atau ketidakselesaan kepada pengunjung lain.
  14. Dilarang merosakkan sebarang peralatan di dalam balai cerap. Ganti rugi akan dikenakan atas sebarang kerosakan.