Balai Cerap Negeri Sembilan (BCNS)

Balai Cerap Negeri Sembilan, yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia, merupakan salah satu destinasi utama astro-pelancongan bagi para peminat astronomi dan mereka yang ingin menerokai keajaiban langit malam. Balai cerap ini menempatkan salah satu teleskop terbesar di Malaysia dan menawarkan peluang kepada pengunjung untuk menyaksikan keindahan angkasa lepas seperti Bulan dan planet, hinggalah ke bintang.


 

Misi kami adalah untuk memupuk minat terhadap ilmu astronomi melalui program jangkau luar, pendidikan astronomi serta pengalaman secara langsung menggunakan teleskop. Sama ada anda seorang pelajar, penyelidik atau pencinta langit malam, balai cerap ini menyediakan galeri astronomi, aktiviti cerapan langit dan program interaktif bagi membangkitkan rasa ingin tahu dan meningkatkan pemahaman anda terhadap alam semesta.

Cara Tempahan

Pilih Tarikh & Masa

Pilih slot yang bersesuaian

Masukkan Maklumat

Lengkapkan segala butiran

Sah & Tempah

Hantar dan sahkan tempahan

Tempahan Berkumpulan

  • Untuk tempahan kumpulan melebihi 20 orang, sila hubungi kami melalui e-mel di balaicerap@mains.gov.my atau di talian Whatsapp 010 266 4506.
  • Bagi memastikan proses tempahan anda berjalan lancar, sila hubungi kami sekurang-kurangnya satu minggu sebelum tarikh lawatan yang anda inginkan.
  • Waktu kemasukan adalah berdasarkan slot masa yang telah ditempah.

Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab

Slot Masa

Tarikh Melawat
Masa Melawat
Tiket Tersedia

Borang Tempahan

MYKAD
BUKAN MYKAD
Saya bersetuju dengan Terma dan Syarat dan Polisi Privasi

NOTIS PENTING

  • Tiket adalah terhad akan diberikan berdasarkan prinsip ‘first come, first served’. Slot yang telah penuh tidak akan dipaparkan dalam pilihan pembelian tiket.
  • Balai cerap beroperasi mengikut sistem tiket masa, sila berada di pintu masuk atau lobi sekurang-kurangnya 10 minit sebelum waktu kemasukan anda.
  • Semua e-tiket perlu didaftarkan di kaunter untuk mengambil gelang tangan. Sila bawa kad pengenalan atau pasport anda untuk pengesahan di kaunter pendaftaran.
  • Setiap tiket sah selama 2 jam dari waktu yang tertera pada e-tiket. Tiada masa tambahan akan diberikan untuk pendaftaran lewat.
  • Cerapan di Kubah Suria (Solar Dome) dan Kubah Utama (Main Dome) adalah tertakluk kepada keadaan cuaca. Setelah pembayaran dibuat, tiada penjadualan semula lawatan atau pemulangan bayaran akan diberikan sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan.
  • Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun MESTI ditemani oleh seorang dewasa.
  • Bangunan Balai Cerap ini tidak mempunyai kemudahan lif untuk akses hingga ke Aras 6. Sila gunakan tangga yang disediakan. Mohon maaf atas segala kesulitan.

Cari Kami

Negeri Sembilan Observatory

(Dahulu dikenali sebagai Balai Cerap Teluk Kemang)

Kompleks Baitul Hilal
Lot 4506 Batu 8 Jalan Pantai
71050 Port Dickson, Negeri Sembilan